Pages

Sunday, August 10, 2014

Tips menyedikan Design Untuk Custom Album dan Photo Book

Sebagai Jurufoto masakini tidak dapat dinafikan kemahiran merekabentuk susunan foto untuk dijadikan Custom Album atau Photo Book amat penting untuk
menjimatkan kos, kerana upah untuk merekabentuk agak mahal. Oleh itu ramai Jurufoto sanggup mengambil risiko untuk berjimat dengan membuat sendiri rekabentuk Custom Album mahupun Photo Book walaupun masih kurang pengetahuan.
Tanpa mereka sedar hal ini boleh menimbulkan masaalah apabila ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dibuat, lebih parah jika pelanggan enggan untuk membuat bayaran atau mahu wangnya dipulangkan.

Antara perkara yang berpotensi menimbulkan masaalah ialah keadaan design yang terlalu padat hingga gambar kelihatan terlalu kecil, terlalu banyak kerawang, komposisi foto tidak teratur, ada juga masalah apabila salah pilih foto contoh memasukkan foto pengantin yang tersenyum lebar sedangkan pengantin bergigi rongak atau mempunyai gigi berterabur
sudah pasti mereka tidak suka kerana bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk mendapat hasil yang sebegitu.

Untuk mengatasi masaalah diatas ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian serius sebelum membuat design untuk Custom Album mahupun Photo Book.
diantaranya ialah.

Jangan cuba untuk memasukkan seberapa banyak foto yang anda ambil kerana semakin banyak foto semakin kecil gambar yang dicetak, mungkin ianya permintaan pelanggan, tapi perlu diingat kebanyakan pelanggan tidak tahu bagaimana rupa Custom Album mahupun Photo Book mereka apabila siap kelak,cara terbaik untuk mengatasi masaalah ini ialah berbincang dengan pelanggan dan berikan sedikit pemahaman dan gambaran tentang bagaimana rupa Custom Album jika terlalu banyak foto yang dimasukkan, cadangkan kepada mereka, jika mahu album gambar mereka kelihatan cantik, ianya perlu tidak terlalu padat kerana semakin kurang foto yang dimuatkan semakin cantik hasilnya malah kelihatan lebih exklusif, galakkan mereka supaya menempah pakej yang ada dua album atau lebih, jika mereka kekurangan bajet, tawarkan Mockup Stiky album kerana ianya lebih ekonomi.

Ketika proses design jangan masukkan terlalu banyak grafik atau kerawang kerana kita tidak mahu ianya menganggu subjek utama iaitu moment dalam foto itu.

Komposisi subjek juga amat penting kerana ianya mempengaruhi kekemasan dan rupa album apabila siap kelak.

Berhati-hati memilih foto yang mahu dimasukkan dalam custom album contohnya ekpresi wajah
yang mungkin boleh menimbulkan pertanyaan bila dilihat, contohnya wajah yang masam sepanjang sesi fotografi, atau tangisan yang berpanjangan diwaktu saat gembira, walaupun tiada niat apa-apa dari pelaku, mungkin ini boleh menimbulkan perasaan benci atau curiga oleh siapa yang melihatnya.
ingat, custom album bukan seperti Sticky Album yang foto didalamnya boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Dan saranan terakhir penulis,
Juru foto perlu menghadiri krusus berkaitan dalam penghasilan Custom Album mahupun Photo Book, atau mendapatkan pandangan dari orang yang berpengalaman, sebelum menyediakan design sendiri.

Penulis harap tips menyedikan design untuk Custom Album dan Photo Book ini serba sedikit dapat membantu
terutama kepada teman-teman yang masih baru dalam bidang ini.

Sekian Terima Kasih


HalidMasri
10-08-2014







Sunday, October 6, 2013

Kelebihan Mengolah dan mencetak Foto sebagai Buku Foto, Poster, Album Foto Custom

Foto kenangan manis atau foto yang mempunyai nilai seni mampu dikomersialkan yang terlalu lama disimpan dalam cakera keras komputer mungkin akan hilang bergitu saja jika tempoh hayat cakera keras anda sudah  tamat atau rosak.

Maka sia-sia saja selama bertahun-tahun anda menyimpan foto yang beharga itu kerana anda hanya menyimpan
foto-foto berkenaan dalam bentuk digital.

Salah satu langkah yang boleh diambil untuk menyelamatkan Foto-foto berkenaan ialah dengan mencetak foto-foto berkenaan dalam bentuk buku.

Bagi foto yang mempunyai nilai seni atau sejarah perlulah di cetak dalam bentuk Poster, anda boleh menjadikannya sebagai hiasan dinding di rumah atau di pejabat anda.

Anda juga boleh menjadikan foto yang mempunyai nilai seni atau sejarah ini sebagai sumber rezeki, dengan menjual foto-foto anda, zaman telah banyak merubah, begitu juga mentaliti masyarakat Malaysia, kini lebih ramai golongan yang menghargai hasil seni seperti Seni Fotografi, jadi tidak mustahil Foto yang anda cetak sebagai Poster mampu dijual dengan harga yang mahal, dan terpulang kepada anda untuk mencetak seberapa banyak kerana foto berkenaan adalah milik anda sendiri.

Thursday, September 5, 2013

Cara menyediakan ukuran dan design Photo Book

MAKLUMAT PENTING

Sebelum anda menyediakan design untuk Photo Book anda perlu mengetahui tentang susunan mukasurat
untuk Photo Book kami bagi mengelakkan susunan design tidak dicetak mengikut seperti yang anda mahukan. 


Susunan Mukasurat Untuk Photo Book Kami Adalah Seperti Berikut

*Bagi mukasurat pertama anda tidak boleh menggabungkan dengan mukasurat kedua
   kerana mukasurat pertama adalah mukasurat tunggal.
*Mukasurat kedua, ketiga dan mukasurat seterusnya boleh digabungkan
   kecuali mukasurat terakhir.
*Mukasurat terakhir adalah mukasurat tunggal sama seperti mukasurat pertama.

Jika anda mahu mencetak Photo Book anda Sila KLIK SINI

Monday, December 19, 2011

Perkhidmatan marketing banner design dan printing untuk peniaga

Jika peniaga kedai makan meggunakan kelebihan masakan yang sedap sebagai penambat hati pelanggan mereka, setelah pelanggan tertarik oleh iklan pada banner yang mempromosi masakan dikedai mereka.,

Begitu juga dengan perkhidmatan design, sesaorang designer yang menjadikan perkhidmatan ini sebagai punca rezeki mereka pasti sedaya upaya akan memastikan hasil kerja mereka dapat memuaskan hati pelanggan mereka.

Dan apa yang paling penting ialah mesej dalam iklan banner yang mereka hasilkan dapat disampaikan dan difahami lalu mencetus perasaan ingin tahu dan ingin mencuba, itulah kejayaan sebenar seorang pereka grafik.
Seperti pelanggan kedai makan juga, setelah merasa masakan yang sedap di kedai yang yang disinggahi maka mereka akan bercerita kepada kawan mereka, maka terjadilah iklan percuma dari mulut ke mulut oleh pelanggan, dan inilah dia iklan yang paling berkesan tak kira untuk apa jua jenis perniagaan.
Akan tetapi, ini hanya terjadi jika mereka siggah dan makan masakan yang paling sedap dikedai itu, di sinilah Banner promosi memainkan peranan penting, kerana tidak mungkin pelanggan tahu apa yang dijual dikedai itu jika hanya lalu sambil meninjau-ninjau dari tepi jalan, alangkah mudahnya jika ada banner yang diletak di luar premis perniagaan berfungsi sebagai bahan penyampai maklumat yang amat diperlukan oleh pelanggan, pelanggan atau bakal pelanggan dapat tahu apa yang peniaga jual walaupun hanya lalu disitu sambil memandu kereta.

Saturday, November 12, 2011

Fotografi Untuk Semua.

Tidak seperti dahulu, kini semua orang mampu memiliki kamera dslr, dengan variasi harga yang semakin murah dan kemudahan skim bayaran ansuran membuatkan peratusan mereka yang memiliki kamera jenis dslr semakin meningkat.

Walaupun memiliki kamera jenis dslr ini dilihat sebagai trend atau atas dasar mampu milik, dan tidak kesemua orang yang membeli kamera dslr akan aktif sebagai jurufoto, namun hakikatnya hal ini adalah salah satu penyumbang kepada fenomena kebanjiran jurufoto, sedikit sebanyak telahpun menyebabkan kesempitan market untuk khidmat ini.

Sebagai jurufoto kita tak mempu untuk menahan perkara ini dari berlaku, kita harus memandang perkara ini sebagai satu perkara yang baik, kerana tanggungjawab sosial kita sebagai jurufoto adalah sebagai penyampai maklumat melalui karya seni foto yang yang kita hasilkan, jadi semakin ramai yang terlibat dalam industri ini semakin banyak mesej atau maklumat berguna dapat disampaikan kepada masyarakat.

Satu jalan penyelesaian harus dicari bagi mengimbangi kebanjiran jurufoto dan market semasa. Skop pemasaran yang sedia ada harus diperkembangkan dengan mencari altenatif baru ataupun mempromosikan kepada masyarakat supaya mereka sedar tentang bertapa pentingnya fotografi dalam perniagaan mahupun kehidupan seharian mereka.

Langkah pertama ialah promosi, tujuannya ialah untuk meningkatkan permintaan masyarakat terhadap foto yang kita hasilkan.
Ini adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh komuniti jurufoto di seluruh dunia.,

Apa yang harus kita promosikan?

Sebagai Jurufoto saya rasa kita semua tahu tentang foto atau imej mempunyai kuasa psikologi untuk membangkitkan sesuatu rasa atau perasaan orang yang melihatnya, sebagai contoh didalam hospital, terdapat banyak gambar-gambar dan lukisan digantung di dinding, selain mencantikkan ruang ianya juga digunakan untuk terapi, ini kerana kesan psikologi yang ada pada foto itu dapat juga mempengaruhi kesihatan pesakit.

Oleh itu sampaikan kepada masyarakat diluar sana foto harus ada di setiap sudut rumah kediaman atau premis perniagaan atau dimana saja atas pelbagai tujuan, sama ada untuk mencantikkan ruang rumah atau pejabat, mempengaruhi pelanggan, atau untuk ruang bekerja yang cantik sekaligus dapat meningkatkan taraf kesihatan dan semangat untuk bekerja.

Kepada semua di luar sana tidak kira anda seorang Jurufoto ataupun tidak sila kongsikan artikel ini untuk kebaikkan kepada kita semua.

Artikel Fotografi Untuk Semua ini ditulis oleh halidmasri pada 12 Nov 2011.



Friday, November 4, 2011

TIPS UNTUK DESIGN BUNTING ATAU BANNER UNTUK PHOTOGRAPHER

Banner atau Bunting adalah satu medium yang popular bagi keperluan untuk Marketing atau pemberitahuan masakini, dan kebanyakan banner atau bunting memerlukan foto sebagai salah satu sumber penarik perhatian, selain design dan penggunaan warna. Inilah faktor yang mengaitkan jurufoto dengan industri ini, kerana kebanyakan jurufoto masakini adalah graphic designer.

Tujuan utama sesuatu bunting atau banner dibuat adalah sebagai penyampai maklumat kepada khalayak, oleh itu adalah satu perkara penting supaya masej yang mahu disampaikan dapat diterima dengan senang dan mudah oleh khalayak.

Tiada makna jika bunting atau banner yang dicetak jika gagal menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan, dan lebih buruk lagi banner atau bunting itu mencerminkan ketidak professionallan pemiliknya, ini boleh berlaku sekiranya beberapa perkara berikut diabaikan.

Penggunaan warna yang tidak bersesuaian.

Warna memainkan peranan penting kerana ianya dapat mempengaruhi mood seseorang yang melihatnya, oleh itu warna yang digunakan harus bersesuaian dengan tema atau subjek yang mahu disampaikan, jadi cuba elakkan menggunakan warna yang menyakitkan mata terutama pada bahagian ruang yang besar seperti background, walaupun anda menyangkanya sebagai sesuatu yang boleh menarik perhatian.


Penggunaan Font

Font juga memainkan peranan penting dalam senireka banner, penggunaan font yang bersesuaian akan membuatkan banner itu kelihatan lebih meyakinkan dan profesional berbanding penggunaan font yang tidak sesuai samaada bentuk font yang sukar dilihat dari jauh atau penggunaan font yang tidak bersesuaian dengan tema atau mesej yang mahu disampaikan.

Grafik

Grafik yang digunakan haruslah ringkas dan menarik, jika menggunakan foto, sudah tentu foto pengunaan foto yang memiliki resolusi tinggi adalah kemestian. Penggunaan grafik yang padat akan menenggelamkan masej berbentuk text.

Sebagai Pereka Grafik satu perkara yang perlu dianbil kira ialah dimana banner itu bakal diletakkan. Adakah ia akan diletakkan dikawasan orang berkumpul atau dikawasan orang lalu-lalang seperti di tepi jalan. Jika diletakkan dikawasan orang berkumpul bolehlah diletakkan mesej yang sedikit padat dan jika di tempat orang lalu-lalang seharusnya masej dapat dilihat dari jauh atau dapat disampaikan dengan sekali imbas.

Dan akhir sekali saya ingin bepesan kepada diri sendiri dan kepada Jurufoto designer yang ada di mana jua, gunakanlah kemahiran yang kita ada untuk membantu sesama manusia dan demi keamanan dan kemakmuran, mudah-mudahan sumbangan kita dapat menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi demi kehidupan yang lebih bermakna.

Monday, September 5, 2011

Getting the Best Canvas Printing Tips

Canvas printing has become a popular trend since it is very beneficial to keep the photo longer. Canvas printing is new process in the industry of digital printing. In addition, canvas printing is known as the new method to enhance the look of photo. Compared to another type of printing, printing photo on canvas is less expensive. In order to get the best output from the printing, here are some ways you can follow.

Canvas printing is the right answer for those who need to store the memorable photo for longevity. When you print it on another type of material, you may find your photo easily faded. Commonly, there are two main things which can affect the longevity of the photo in canvas printing including the quality of the ink and the quality of the canvas.

One of the main factors which can influence the longevity of canvas photo printing is the quality of the ink you use. With high quality ink, you will be able to keep your photo for years and even over a century. Another factor which can make your photo last longer is the quality of the canvas you use. High quality canvas is usually made of the acid free cotton. It is able to absorb the ink better and prevent from yellowing. With high ink absorption, you will get a high quality photo for years. Along with that, you can also use acid-free frame since it is able to prevent the canvas from breaking down.

Furthermore, before you choose the photo you want to print on canvas, you have to consider the orientation and the shape of the photograph. Mostly, photos are in rectangular shape and they will be put on a square-shaped canvas. Therefore, make sure that the shape of your photo suits the canvas. You have to keep in mind that the main subject of your photo should be close to the center of the photo so that it will not be cropped. With additional frame around the border of canvas printing, one-sided photo will possibly lose its main subject.

The size of your photo, resolution, can also influence the quality of canvas printing since it will be enlarged to suit the wrap. If the photo you are going to put on a canvas is made of small dots or pixels, each of the pixels will be made into one of the countless colors so that it will result the blur photo. If your photo is at high resolution, you will be able to print your photo at larger size with fine quality. Therefore, if you plan to print your photo at canvas, try to take the picture with high resolution camera.

On the other hand, if you want to print your photo for your personal memory, you can also use printer. The best color laser printer will help you have a high quality output. One of the printer available for your consideration is network color laser printer. It is able to help you print your photo as well as another type of document.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Roger_Elliott



Article Source: http://EzineArticles.com/5108287