Pages

Showing posts with label cara menetapkan saiz. Show all posts
Showing posts with label cara menetapkan saiz. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

UKURAN COVER CUSTOM WEDDING ALBUM

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi imformasi mengenai saiz yang tertentu bagi tiap jenis cover custom album kita, digunakan untuk memudahkan proses percetakan dan pembuatan, satu perkara yang penting bagi mengelakkan kelewatan menyiapkan tempahan pelanggan dan kerugian wang akibat ukuran yang tidak mengikut keperluan syarikat pencetak.
Dengan itu anda perlu mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan saiz dan format yang diperlukan oleh syarikat pencetak masing-masing, kerana tiap satu syarikat percetakan itu mungkin menggunakan mesin pencetak dan system yang berlainan.
Ok, kita teruskan dengan tutorial membuat cover custom album kita, kali ini saya tunjukkan cara untuk membuat cover jenis cover yang popular sekarang ini iaitu jenis crystal (cover hadapan) + wrapping canvas texture (cover belakang) sebagai contoh, saya mahu membuat cover album yang berukuran 24 x 8.

Jenis Album : Crystal + Wrapping canvas texture
Ukuran Album : 24 x 8
Cover Depan : (Crystal ) 12 x 8
Cover Belakang : (wrapping) 14 x 10

Ok, cuba kita lihat saiz cover depan dan cover belakang, ada perbezaan kan, ini kerana album ini menggunakan medium berbeza bagi cover depan dan belakang

Jika anda mahu mencetak Custom Abum anda sila KLIK SINI

Tuesday, March 29, 2011

Jenis Cover Custom Album

Salam bertemu semula dalam ruangan tutorial membuat Custom Album.

Sebelum saya kongsikan cara membuat Cover untuk Custom Album saya rasa eloklah saya kongsikan dahulu sedikit imformasi mengenai jenis- jenis cover album yang selalu digunakan oleh Photographer untuk dijadikan baju kepada Album mereka, ada beberapa jenis, diantaranya ialah.

Wrapping canvas texture – cover jenis ini memerlukan kita untuk membuat design penuh untuk keseluruhan permukaan cover, dan kita boleh membuat pilihan texture, sama ada glossy, matt, ataupun canvas, Photographer yang memiliki kreativiti dan yang mempunyai minat mendalam pada seni, sering menggunakan medium ini untuk menampilkan keterujaan mereka pada s keindahan.

Crystal Cover – cover jenis ini adalah gabungan glossy photo dan crystal di bahagian pernmukaan nya, juga memerlukan kita untuk membuat design penuh, berbanding cover jenis Wraping texture, hanya texture jenis glossy yang di bolehkan untuk crystal cover, namun cover jenis ini adalah yang paling popular ketika ini.

Leather Cover – samaada kulit asli atau kulit sintetik kebanyakan cover jenis ini mempunyai satu hingga tiga window, untuk diletakkan gambar dan ada juga yang tidak mempunyai window. tidak memerlukan kita untuk membuat design yang banyak, atau tiada langsung, anda boleh pilih pelbagai jenis dan corak yang bersesuaian untuk custom album anda. Salah satu sebab kebanyakan Photographer memilih cover jenis ini kerana ianya kelihatan elegant dan dapat menjimatkan masa, membuatkan cover jenis ini adalah cover yang disukai sepanjang masa,

Wood Cover - Tektur kayu yang unik memberikan kelainan pada cover album jenis Wood Cover, tidak perlu design yang banyak, cukup sekadar satu foto untuk diletakkan pada window cover album.


Friday, February 4, 2011

Cara Menetapkan Saiz Custom Wedding Album dengan Photoshop

custom album printing
Setelah membuka perisian photoshop pergi ke File > New > dan namakan file, seterusnya pada kotak Preset pilih Custom, tetapkan jenis ukuran pada Inches.
buat dan print custom album

Dan ini adalah bahagian yang paling penting dalam menentukan saiz dan resolusi sebagai contoh saya mahu membuat design untuk Album saiz 8 x 12 Inches jadi pada bahagian Width atau kelebaran tetapkan pada 24 Inches dan height 8 Inches, tetapkan resolusi pada 300 > Safe Preset dan namakan, kemudian klik Ok > Ok.

menetapkan saiz custom album sengan photoshop

Dah siap Saiz Canvas untuk Custom Album 8 x 12, tapi panjang ukuran adalah 24 Inches kerana kita akan design untuk 2 Pages sekaligus dan Design kita hendaklah dijarakkan 1/2 inci kedalam.

untuk memastikan anda tidak tersilap ukur disini saya sediakan PSD untuk album saiz 24 x 8 beserta maklumat tentang jarak jarak-jarak tertentu, saya namakan ia PSD With Tutorial Layer

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

sampai disini saja dahulu buat masa ini, lepas ini saya akan tunjukkan cara untuk buat ukuran untuk Cover Album pula.


Jika anda mencari tempat dimana nak Print Custom Album atau Photobook

KLIK SINI



Posted by Picasa