Pages

Showing posts with label custom album printing. Show all posts
Showing posts with label custom album printing. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Bagaimana Online Printing Boleh Menjimatkan

online printing,custom album printing,online printing malaysia,online printing menjimatkan,online custom album printing 2011
Musim cuti sekolah ini ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan, maka ada  Jurufoto  yang terpaksa menolak tempahan Pengantin yang mahukan khidmat mereka, kerana kesuntukan masa bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sedia ada.

Satu perkara yang terpaksa dilakukan oleh seorang  Jurufoto  ialah menyunting foto-foto yang telah mereka hasilkan dan merekabentuk Custom Album dan mencetak dengan kadar segera, bukan mudah untuk membuat design kerana ia memerlukan idea kreatif, kerana bukan sahaja mahu memuaskan hati pelanggan, malah lebih daripada itu, iaitu sebagai salah satu strategi pemasaran.

Lagi satu perkara yang perlu dilakukan oleh seorang  Jurufoto  ialah perlu menghantar design yang telah siap untuk dicetak dan dibuat Album, perlu difikirkan juga kos minyak dan masa yang perlu ditanggung. Dan kebanyakan kedai printing pula mengambil masa selama 2 minggu atau lebih untuk printing dan membuat Custom Album itu.

Sesudah itu  Jurufoto  perlu sekali lagi mengorbankan kos dan masa untuk mengambil Album dari kedai dan membuat penghantaran kepada pelanggan jadi berapa banyak kos dan masa yang perlu dikorbankan? tidakkah itu merugikan? dan berapa lama harus pelanggan bersabar menunggu untuk melihat foto detik bersejarah yang dinantikan mereka? dan juga tidak selalu masa menyebelahi mereka (juru foto), pasti ada masaalah yang tak dijangka yang membuatkan seorang juru foto itu tidak dapat menghantar atau mengambil custom album di kedai printing mengikut masa yang sepatutnya, membuatkan ianya serba sedikit akan menjejaskan reputasi  Jurufoto  terbabit dimata pelanggan mereka.

Saya juga seorang Jurufoto, jadi saya sedar tentang perkara ini, saya mahu berkongsi satu perkara yang saya harap dapat memberi manafaat kepada semua amnya kepada Jurufoto di seluruh Malaysia.
 bagaimana cara yang boleh membantu Jurufoto diseluruh malaysia untuk mendapatkan khidmat Printing dan membuat Custom Album dengan cara lebih mudah dan menjimatkan, dan salah satu jawapannya ialah Online Printing

Thursday, January 13, 2011

Contoh Design dan kelebihan Custom Album size 24 x 8

contoh custom album desiner,perkhidmatan

custom album designer,perkhidmatan
  • Saiz 24 x 8 adalah saiz untuk 2 mukasurat dalam custom album
  • saiz sebenar album ialah 12 x 8, custom album saiz ini adalah yang paling banyak permintaan di syarikat pembuat atau pencetak.
  • Dengan saiz yang agak sederhana ianya lebih mudah dibawa kesana sini, perkara ini agak penting kerana kebiasaannya teman-teman dan saudara pasti mahu melihat foto perkahwinan si pengantin baru, dan pengantin akan membawa custom album perkahwinan mereka ke pejabat atau kerumah saudara mara.

  • Secara kasar berat untuk satu custom album berukuran 12 x 8 adalah sekitar 2.5 kg, untuk custom album yang menggunakan cover crystal, bayangkan berapa berat yang terpaksa dipikul oleh pemilik custom album bersaiz 12 x 15, sudah tentu custom album bersaiz besar hanya duduk di rumah, kerana terlalu berat untuk dibawa, kelebihan album bersaiz besar pula lebih cantik jika dijadikan bahan dekorasi untuk kediaman.

Oleh itu jika anda jurufoto dan designer untuk custom album itu, curahkanlah hasil kerja terbaik pada album bersaiz 12 x 8 ini, kerana ianya akan secara automatik menjadi bahan pengiklanan yang tidak memerlukan modal dan yang paling berkesan utuk bisnes fotografi yang anda sedang jayakan.