Pages

Showing posts with label custom album designer. Show all posts
Showing posts with label custom album designer. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

Tips menyedikan Design Untuk Custom Album dan Photo Book

Sebagai Jurufoto masakini tidak dapat dinafikan kemahiran merekabentuk susunan foto untuk dijadikan Custom Album atau Photo Book amat penting untuk
menjimatkan kos, kerana upah untuk merekabentuk agak mahal. Oleh itu ramai Jurufoto sanggup mengambil risiko untuk berjimat dengan membuat sendiri rekabentuk Custom Album mahupun Photo Book walaupun masih kurang pengetahuan.
Tanpa mereka sedar hal ini boleh menimbulkan masaalah apabila ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dibuat, lebih parah jika pelanggan enggan untuk membuat bayaran atau mahu wangnya dipulangkan.

Antara perkara yang berpotensi menimbulkan masaalah ialah keadaan design yang terlalu padat hingga gambar kelihatan terlalu kecil, terlalu banyak kerawang, komposisi foto tidak teratur, ada juga masalah apabila salah pilih foto contoh memasukkan foto pengantin yang tersenyum lebar sedangkan pengantin bergigi rongak atau mempunyai gigi berterabur
sudah pasti mereka tidak suka kerana bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk mendapat hasil yang sebegitu.

Untuk mengatasi masaalah diatas ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian serius sebelum membuat design untuk Custom Album mahupun Photo Book.
diantaranya ialah.

Jangan cuba untuk memasukkan seberapa banyak foto yang anda ambil kerana semakin banyak foto semakin kecil gambar yang dicetak, mungkin ianya permintaan pelanggan, tapi perlu diingat kebanyakan pelanggan tidak tahu bagaimana rupa Custom Album mahupun Photo Book mereka apabila siap kelak,cara terbaik untuk mengatasi masaalah ini ialah berbincang dengan pelanggan dan berikan sedikit pemahaman dan gambaran tentang bagaimana rupa Custom Album jika terlalu banyak foto yang dimasukkan, cadangkan kepada mereka, jika mahu album gambar mereka kelihatan cantik, ianya perlu tidak terlalu padat kerana semakin kurang foto yang dimuatkan semakin cantik hasilnya malah kelihatan lebih exklusif, galakkan mereka supaya menempah pakej yang ada dua album atau lebih, jika mereka kekurangan bajet, tawarkan Mockup Stiky album kerana ianya lebih ekonomi.

Ketika proses design jangan masukkan terlalu banyak grafik atau kerawang kerana kita tidak mahu ianya menganggu subjek utama iaitu moment dalam foto itu.

Komposisi subjek juga amat penting kerana ianya mempengaruhi kekemasan dan rupa album apabila siap kelak.

Berhati-hati memilih foto yang mahu dimasukkan dalam custom album contohnya ekpresi wajah
yang mungkin boleh menimbulkan pertanyaan bila dilihat, contohnya wajah yang masam sepanjang sesi fotografi, atau tangisan yang berpanjangan diwaktu saat gembira, walaupun tiada niat apa-apa dari pelaku, mungkin ini boleh menimbulkan perasaan benci atau curiga oleh siapa yang melihatnya.
ingat, custom album bukan seperti Sticky Album yang foto didalamnya boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Dan saranan terakhir penulis,
Juru foto perlu menghadiri krusus berkaitan dalam penghasilan Custom Album mahupun Photo Book, atau mendapatkan pandangan dari orang yang berpengalaman, sebelum menyediakan design sendiri.

Penulis harap tips menyedikan design untuk Custom Album dan Photo Book ini serba sedikit dapat membantu
terutama kepada teman-teman yang masih baru dalam bidang ini.

Sekian Terima Kasih


HalidMasri
10-08-2014







Monday, January 3, 2011

Perkhidmatan Jurufoto dan Custom Album Designer Ekonomi


Dengan bajet sederhana, siapa sangka anda juga layak memiliki Custom Album yang kebiasaannya hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berbajet tinggi, selain dari kepakaran, pengalaman, peralatan yang digunakan, dan tahap kreativiti, salah satu sebab mengapa seorang jurufoto mengenakan bayaran yang agak tinggi ialah kos editing dan printing atau merekabentuk Custom Album yang terpaksa ditanggung oleh Jurufoto itu.

Oleh itu, Jurufoto yang memiliki kemahiran merekabentuk design Custom Album adalah satu bonus bagi mereka dan pelanggan mereka, dengan budi bicara, kos mungkin dapat dikurangkan dan dapatlah membantu para pelanggan menikmati harga yang lebih berpatutan, ini kerana trend pada masyarakat masakini tak kira latar belakang kewangan yang bagaimana, mahukan gambar kenangan atau hari bersejarah mereka seperti Perkahwinan, hari lahir, atau gambar anak yang baru lahir dan sebagainya, diabadikan dalam bentuk Custom Album yang pastinya lebih cantik dan menarik juga tahan lasak dan mampu bertahan lebih seratus tahun jika disimpan dengan baik.

Saya adalah salah seorang pereka Custom Album yang ada di malaysia, ingin menawarkan khidmat mereka Design foto album dengan harga berpatutan, selain perkhidmatan merekabentuk custom album , saya juga menawarkan perkhidmata sebagai Photographer perkahwinan dan sebagainya. kerana bagi saya, semua orang mahu kenangan mereka diabadikan dalam satu Foto album yang indah, agar kenangan indah itu tetap segar selamanya.




contoh custom album design
Posted by Picasa