Pages

Tuesday, March 29, 2011

Jenis Cover Custom Album

Salam bertemu semula dalam ruangan tutorial membuat Custom Album.

Sebelum saya kongsikan cara membuat Cover untuk Custom Album saya rasa eloklah saya kongsikan dahulu sedikit imformasi mengenai jenis- jenis cover album yang selalu digunakan oleh Photographer untuk dijadikan baju kepada Album mereka, ada beberapa jenis, diantaranya ialah.

Wrapping canvas texture – cover jenis ini memerlukan kita untuk membuat design penuh untuk keseluruhan permukaan cover, dan kita boleh membuat pilihan texture, sama ada glossy, matt, ataupun canvas, Photographer yang memiliki kreativiti dan yang mempunyai minat mendalam pada seni, sering menggunakan medium ini untuk menampilkan keterujaan mereka pada s keindahan.

Crystal Cover – cover jenis ini adalah gabungan glossy photo dan crystal di bahagian pernmukaan nya, juga memerlukan kita untuk membuat design penuh, berbanding cover jenis Wraping texture, hanya texture jenis glossy yang di bolehkan untuk crystal cover, namun cover jenis ini adalah yang paling popular ketika ini.

Leather Cover – samaada kulit asli atau kulit sintetik kebanyakan cover jenis ini mempunyai satu hingga tiga window, untuk diletakkan gambar dan ada juga yang tidak mempunyai window. tidak memerlukan kita untuk membuat design yang banyak, atau tiada langsung, anda boleh pilih pelbagai jenis dan corak yang bersesuaian untuk custom album anda. Salah satu sebab kebanyakan Photographer memilih cover jenis ini kerana ianya kelihatan elegant dan dapat menjimatkan masa, membuatkan cover jenis ini adalah cover yang disukai sepanjang masa,

Wood Cover - Tektur kayu yang unik memberikan kelainan pada cover album jenis Wood Cover, tidak perlu design yang banyak, cukup sekadar satu foto untuk diletakkan pada window cover album.


No comments:

Post a Comment

Komen Anda