Pages

Wednesday, June 8, 2011

Bagaimana Online Printing Boleh Menjimatkan

online printing,custom album printing,online printing malaysia,online printing menjimatkan,online custom album printing 2011
Musim cuti sekolah ini ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan, maka ada  Jurufoto  yang terpaksa menolak tempahan Pengantin yang mahukan khidmat mereka, kerana kesuntukan masa bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sedia ada.

Satu perkara yang terpaksa dilakukan oleh seorang  Jurufoto  ialah menyunting foto-foto yang telah mereka hasilkan dan merekabentuk Custom Album dan mencetak dengan kadar segera, bukan mudah untuk membuat design kerana ia memerlukan idea kreatif, kerana bukan sahaja mahu memuaskan hati pelanggan, malah lebih daripada itu, iaitu sebagai salah satu strategi pemasaran.

Lagi satu perkara yang perlu dilakukan oleh seorang  Jurufoto  ialah perlu menghantar design yang telah siap untuk dicetak dan dibuat Album, perlu difikirkan juga kos minyak dan masa yang perlu ditanggung. Dan kebanyakan kedai printing pula mengambil masa selama 2 minggu atau lebih untuk printing dan membuat Custom Album itu.

Sesudah itu  Jurufoto  perlu sekali lagi mengorbankan kos dan masa untuk mengambil Album dari kedai dan membuat penghantaran kepada pelanggan jadi berapa banyak kos dan masa yang perlu dikorbankan? tidakkah itu merugikan? dan berapa lama harus pelanggan bersabar menunggu untuk melihat foto detik bersejarah yang dinantikan mereka? dan juga tidak selalu masa menyebelahi mereka (juru foto), pasti ada masaalah yang tak dijangka yang membuatkan seorang juru foto itu tidak dapat menghantar atau mengambil custom album di kedai printing mengikut masa yang sepatutnya, membuatkan ianya serba sedikit akan menjejaskan reputasi  Jurufoto  terbabit dimata pelanggan mereka.

Saya juga seorang Jurufoto, jadi saya sedar tentang perkara ini, saya mahu berkongsi satu perkara yang saya harap dapat memberi manafaat kepada semua amnya kepada Jurufoto di seluruh Malaysia.
 bagaimana cara yang boleh membantu Jurufoto diseluruh malaysia untuk mendapatkan khidmat Printing dan membuat Custom Album dengan cara lebih mudah dan menjimatkan, dan salah satu jawapannya ialah Online Printing

No comments:

Post a Comment

Komen Anda