Jika peniaga kedai makan meggunakan kelebihan masakan yang sedap sebagai penambat hati pelanggan mereka, setelah pelanggan tertarik oleh iklan pada banner yang mempromosi masakan dikedai mereka.,
Begitu juga dengan perkhidmatan design, sesaorang designer yang menjadikan perkhidmatan ini sebagai punca rezeki mereka pasti sedaya upaya akan memastikan hasil kerja mereka dapat memuaskan hati pelanggan mereka.
Dan apa yang paling penting ialah mesej dalam iklan banner yang mereka hasilkan dapat disampaikan dan difahami lalu mencetus perasaan ingin tahu dan ingin mencuba, itulah kejayaan sebenar seorang pereka grafik.
Seperti pelanggan kedai makan juga, setelah merasa masakan yang sedap di kedai yang yang disinggahi maka mereka akan bercerita kepada kawan mereka, maka terjadilah iklan percuma dari mulut ke mulut oleh pelanggan, dan inilah dia iklan yang paling berkesan tak kira untuk apa jua jenis perniagaan.
Akan tetapi, ini hanya terjadi jika mereka siggah dan makan masakan yang paling sedap dikedai itu, di sinilah Banner promosi memainkan peranan penting, kerana tidak mungkin pelanggan tahu apa yang dijual dikedai itu jika hanya lalu sambil meninjau-ninjau dari tepi jalan, alangkah mudahnya jika ada banner yang diletak di luar premis perniagaan berfungsi sebagai bahan penyampai maklumat yang amat diperlukan oleh pelanggan, pelanggan atau bakal pelanggan dapat tahu apa yang peniaga jual walaupun hanya lalu disitu sambil memandu kereta.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda