Pages

Tuesday, April 19, 2011

Komposisi Objek danText Custom Album


ukuran,cover crystal,komposisi,objek|text|custom wedding album,ukuran

Untuk menbuat design cover mahupun foto album kita harus tahu komposisi yang selamat bagi meletakkan objek atau text supaya kita dapat merealisasikan apa yang kita gambarkan dan inginkan pada cover wedding album kita, ini kerana kesilapan komposisi dan ukuran boleh menyebabkan design kita kelihatan gonjeng dan untuk membuat pembetulan kita akan kerugian masa dan wang sekaligus boleh menjejaskan reputasi kita dimata pelanggan.
Ada bahagian yang perlu dikosongkan dalam design untuk cover album dan dimana seharusnya kedudukan objek atau text dalam design kita,


Bagaimana nak buat Design Cover Custom Album Jenis Crystal

Ok, kita mulakan dengan membuat cover dahulu, cover yang saya buat contoh disini ialah jenis yang paling popular masa kini crystal (bahagian depan) + wrapping tex (bahagian belakang)
oleh kerana cover ini berbeza maka ukuran juga tak sama, lihat rajah diatas.

cover depan menggunakan cover crystal, ukuran untuk apa juga saiz album jika menggunakan cover crystal ialah sama dengan saiz album jika album bersaiz 8 x 12 maka itulah juga ukuran untuk covernya, dan kedukan objek dan text hendaklah dijarakkan 1/2 (setengah inchi) di setiap sudut. tekan Ctrl + R untuk mengaktifkan ruler tool buat garisan dengan meletakkan mouse poiter pada gambar pembaris di sekeliling canvas klik dan tarik, buat satu garisan dengan jarak 1/2 inchi dari tepi pada setiap sudut, maka akan terlihat dua bahagian.
sengaja saya letakkan warna pada dua bahagian supaya dapat saya memberikan penjelasan dengan mudah.

1. bahagian berwarna coklat - disinilah tempat anda mencurah idea dan kreativiti sebagai custom album designer.
Arahan - segala objek atau text haruslah berada didalam bahagian ini (kalau nak selamat)

2. bahagian berwarna hijau - ini bahagian yang mungkin akan terpotong sedikit
Arahan - kalau boleh jangan letak apa-apa dalam bahagian ini kecuali background, walau pun kemungkinan bahagian ini akan terpotong sedikit tapi anda wajib letak background.

Untuk cover jenis Wrapping Tex KLICK SINI untuk download psd template Wrapping Cover size 12 x 8 PERCUMA

FREE PSD CUSTOM ALBUM 24 X 8 TEMPLATE WITH INSTRUCTION LAYER

DOWNLOAD HERE

Jika anda mahu mencetak custom album anda sila klik SINI

No comments:

Post a Comment

Komen Anda