Pages

Thursday, April 14, 2011

UKURAN COVER CUSTOM WEDDING ALBUM

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi imformasi mengenai saiz yang tertentu bagi tiap jenis cover custom album kita, digunakan untuk memudahkan proses percetakan dan pembuatan, satu perkara yang penting bagi mengelakkan kelewatan menyiapkan tempahan pelanggan dan kerugian wang akibat ukuran yang tidak mengikut keperluan syarikat pencetak.
Dengan itu anda perlu mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan saiz dan format yang diperlukan oleh syarikat pencetak masing-masing, kerana tiap satu syarikat percetakan itu mungkin menggunakan mesin pencetak dan system yang berlainan.
Ok, kita teruskan dengan tutorial membuat cover custom album kita, kali ini saya tunjukkan cara untuk membuat cover jenis cover yang popular sekarang ini iaitu jenis crystal (cover hadapan) + wrapping canvas texture (cover belakang) sebagai contoh, saya mahu membuat cover album yang berukuran 24 x 8.

Jenis Album : Crystal + Wrapping canvas texture
Ukuran Album : 24 x 8
Cover Depan : (Crystal ) 12 x 8
Cover Belakang : (wrapping) 14 x 10

Ok, cuba kita lihat saiz cover depan dan cover belakang, ada perbezaan kan, ini kerana album ini menggunakan medium berbeza bagi cover depan dan belakang

Jika anda mahu mencetak Custom Abum anda sila KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Komen Anda