Salam bertemu semula kepada semua pembaca yang saya hormati. Kali ini saya mahu kongsikan secara ringkas tentang cara-cara membuat layout Photobook menggunakan perisian Photoshop untuk mereka yang baru belajar nak buat Photobook.
Langkah pertama kita perlu mendapatkan senarai saiz Photobook daripada syarikat pencetak atau pembuat yang akan mencetak dan membuat photobook kita bila design dah siap nanti. Kepada yang mahu mendapatkan senarai saiz dan harga untuk Photobook, anda boleh mendapatkannya di http//:printcustom-album.blogspot.com
Ok jika dah dapatkan saiz yang anda mahu, buka new file, masukkan saiz yang dikehendaki dalam ukuran inchi dan jagan lupa tetapkan resolution pada 300 dpi. dan klik ok,
Mengaktifkan ruler tool
Setelah canvas dibuka tekan ctrl + r untuk mengaktifkan ruler tool, bawa mouse pointer kepada pembaris yang kelihatan pada atas dan sebelah kiri canvas, pembaris dibahagian atas untuk garisan melintang dan baharian kiri untuk garisan melintang, klik dan seretkan kedalam canvas, buat garisan dengan jarak setengah inchi kedalam di setiap sudut seperti gambar diatas.
Komposisi Text dan Subjek
Dan langkah seterusnya..apalagi, mulakan menyusun gambar mengikut kreativiti anda sebagai Photobook Designer, tapi harus diingat, segala foto atau text mestilah berada di bahagian dalam garisan yang anda buat tadi, ini penting kerana jika foto atau text disusun terlalu ketepi mungkin bila photobook dah siap, mungkin ada yang hilang telinga, tangan, kaki, dan yang paling teruk lagi ada yang hilang kepala kerana dicantas oleh si pembuat photobook (bukan orang yang kena potong tapi gambar je:)
Tips Membuat Layout Menarik Untuk Photobook
Sedikit saranan dari saya, jangan masukkan terlalu banyak foto, kerana bila terlalu padat foto yang ada akan kelihatan kecil juga boleh menjejaskan kualiti dan nilai artistik yang ada pada satu-satu foto itu lalu menyebabkan design anda akan kelihatan kurang menarik, lebih baik anda memilih foto yang terbaik dan susunkan dengan komposisi yang menarik, biasanya tiga atau empat foto sudah memadai untuk satu page, jika foto itu mempunyai nilai artistik yang tinggi satu pun dah cukup cantik.
Bagaimanapun semua ini cuma pandangan saya, jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, dan memiliki idea sendiri, terpulanglah kepada anda untuk menentukan identiti anda sebagai Designer.
Perbezaan Design Photobook Dengan Custom Album
Oh ye, sebelum terlupa, kepada pembaca yang sebelum ini pernah manghasilkan design untuk Custom Album, tapi belum pernah buat design untuk Photobook, ada perbezaan antara keduanya, bezanya ialah, satu design untuk dua page itu untuk Custom Album, tapi untuk Photobook anda perlu buat satu design untuk satu page.
Jenis Cover Untuk Photobook
Dan lagi satu perkara nak saya terangkan disini ialah berkenaan cover untuk Photobook, ada dua jenis iaitu jenis Hard Cover dan Soft Cover, untuk hard cover, kita boleh pilih variasi kulitnya, juga terdapat photo window, dan soft cover ialah jenis yang perlu dibuat design, untuk ukuran cover jenis soft pula sama dengan saiz Photobook, buat dua design, cover depan dan belakang.
Sebelum anda menyediakan design untuk Photo Book anda perlu mengetahui tentang susunan mukasurat
Susunan Mukasurat Untuk Photo Book Kami Adalah Seperti Berikut
*Bagi mukasurat pertama anda tidak boleh menggabungkan dengan mukasurat kedua
kerana mukasurat pertama adalah mukasurat tunggal.
*Mukasurat kedua, ketiga dan mukasurat seterusnya boleh digabungkan
kecuali mukasurat terakhir.
*Mukasurat terakhir adalah mukasurat tunggal sama seperti mukasurat pertama.
Jika anda mahu mencetak Photo Book anda sila KLIK SINI
Sebelum anda menyediakan design untuk Photo Book anda perlu mengetahui tentang susunan mukasurat
untuk Photo Book kami bagi mengelakkan susunan design tidak dicetak mengikut seperti yang anda mahukan.
Susunan Mukasurat Untuk Photo Book Kami Adalah Seperti Berikut
*Bagi mukasurat pertama anda tidak boleh menggabungkan dengan mukasurat kedua
kerana mukasurat pertama adalah mukasurat tunggal.
*Mukasurat kedua, ketiga dan mukasurat seterusnya boleh digabungkan
kecuali mukasurat terakhir.
*Mukasurat terakhir adalah mukasurat tunggal sama seperti mukasurat pertama.
Jika anda mahu mencetak Photo Book anda sila KLIK SINI
great info , thanks :)
ReplyDeletewww.helmiphotography.blogspot.com
good sharing
ReplyDelete