Pages

Thursday, May 27, 2010

Kaitan Fotografi Manusia, dan Alam Semulajadi

alam semulajadi bag plastik haiwan dilindungi

Sesuatu keindahan yang dianugerahkan kepada kita sebagai Khalifah dimuka Bumi ini adalah sesuatu yang tak dapat dinilai dengan apa-apa jua benda yang dicipta oleh manusia.

Oleh itu haruslah kita bersyukur dan menghargai dengan nikmat yang diberikan.
Keindahan Alam semulajadi, dan segala hidupan di mukabumi ini adalah percuma untuk dinikmati.

Tapi sayang tak semua manusia tahu menghargai udara yang sejuk dan nyaman yang datangnya dari kehijauan Flora, tak semua manusia mahu mengenang memori perjalanan hidup yang dikelilingi oleh keindahan alam dan Adat Budaya luhur yang ketika ini telah kian pupus.

Ingatlah, keindahan dan keramahan alam itu tidakkan kekal selamanya, ianya akan luput ditelan zaman dan arus kemodenan, mahu ataupun tidak ianya tetap akan berlaku.
Walau bagaimanapun kita mempunyai kuasa untuk melengahkan putaran atau mungkin menghentikan sama sekali kepupusan adat budaya dan seluruh keindahan Alam ini,walaupun bunyinya agak mutahil, namun ianya hanya akan dapat dicapai sekiranya kita semua bersatu hati dan sedar keindahan Alam dan Adat Budaya yang luhur perlu dijaga dan dikekalkan demi mensyukuri nikmat dan suasana kehidupan yang sempurna bagi Anak Cucu kita dimasa hadapan, dan juga atas nama tanggungjawab sebagai Khalifah dimukabumi ini.

Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk mencapai tujuan ini selain menjaga kebersihan dan kejauan Alam, serta menjaga Adat Budaya luhur.
Paling utama ialah bagaimana cara untuk mengajak dan menimbulkan kesedaran kepada seluruh masyarakat secara global.

Jelas sekali medium yang paling berkesan ialah Media, tidak kira apa jenis media, paling penting ialah teknik penyampaian mesej yang berkesan iaitu sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian dan sekaligus menimbulkan kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat tentang bertapa pentingnya penjagaan Alam Sekitar juga Adat Budaya yang luhur. Kita harus bekerjasama dengan Kerajaaan atau NGO yang terbabit untuk mencapai matlamat ini, tidak dapat dinafikan pihak Kerajaan telah berusha untuk tujuan itu, tapi masih belum memadai, usha ini perlu dipertingkatkan lagi ketahap maksima memandangkan situasi telah menjadi amat serius, jika tidak ditangani dengan berkesan seluruh dunia akan mendapat impak kemusnahan dari segi sosiobudaya dan biodiversiti secara tidak terkawal.

Saya percaya anda semua ada cara tersendiri untuk melahirkan rasa cinta anda terhadap segala keindahan dan salah satunya ialah melakarkan cinta anda dengan fotografi, kerana dengan fotografi sesuatu yang indah tentang manusia dan budayanya dapat dipertejemahkan kepada sesuatu perkara yang lebih bermakna dan berkesan kepada hati sesiapa saja yang menatapnya, seperti, ketika saat-saat manis dalam majlis perkahwinan, majlis perayaan antara kaum, majlis kebudayaan dan juga mengenai keindanah alam semulajadi. Dengan adanya foto seperti ini saya berharap ianya akan memberi kesan yang positif supaya manusia lebih menghargai sesuatu hubungan yang terjalin antara manusia sesama manusia,juga manusia dengan alam dan juga Penciptanya.

Saya berpendapat foto yang menarik sudah pasti ianya dapat menarik perhatian masyarakat, disinilah peluang kita untuk menyanpaikan mesej mengenai Alam dan Budaya serta bertapa kita perlu menjaga agar segala keindahan ini agar dapat dikekalkan, dan bukan sebagai foto kosong yang hanya disimpan sebagai memori sahaja.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda