Salam hormat kepada semua pembaca terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Sedar tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali meninggalkan segala macam peristiwa pahit manis, dan pastinya pengalaman itu menjadi tauladan untuk kita mengharungi hidup yang mendatang.
Ok hari ini saya nak cerita sikit kisah budaya meniru dalam dunia photography, ada yang berpendapat meniru gaya foto atau design orang lain adalah sesuatu perkara yang tidak wajar dilakukan, ini kerana untuk melahirkan satu hasil senifoto yang menarik dalam dunia photography memerlukan idea kreatif, imaginasi, dan kemahiran tertentu untuk menjadikan sebuah foto yang mempunyai nilai artistik yang tinggi, atas dasar inilah, sesiapa yang meniru hasil karya orang lain dalam dunia photography ini dianggap tidak menghormati idea orang lain.
Adakah anda juga fikir begitu?
Bagi saya meniru hasil karya orang lain khususnya orang yang lebih berpengalaman dalam bidang senifoto atau senireka bukanlah satu perkara yang perlu dianggap tidak mengormati hasil karya mereka, tetapi adalah satu penghargaan kepada mereka, jika sesaorang itu sanggup meniru cara atau gaya persembahan foto orang lain, itu bermakna si peniru itu amat mengkagumi hasil karya orang yang ditirunya, jika ada sesaorang memiliki hasil karya yang hampir sama dengan karya saudara, jangan marah, sebaliknya anda harus merasa bangga kerana hasil karya anda menjadi ikutan.
Adakah anda berfikir begini?
Lagi satu perkara yang menidakkan sama sekali, meniru gaya foto atau design dalam dunia fotografik adalah satu pencabulan, ialah perbuatan meniru dalam dunia senifoto bukan seperti meniru dalam peperiksaan, ini kerana untuk meniru karya senifoto bukan semudah copy & paste, sipeniru harus mencari dan mengunakan kemahiran sendiri bagaimana cara untuk menghasilkan karya yang seakan-akan foto atau design yang mahu ditirunya, dan kebiasaanya budaya ini hanya dipelopori orang yang masih baru dalam dunia photography dan design, yang kelamaan bertemu juga dengan identitinya sendiri, ini sekaligus menyokong pendapat yang mengatakan tiada istilah meniru sebenarnya dalam dunia Senifoto ini..
Dan yang ada hanyalah Seni itu Indah..hayati dan hargai keindahan itu mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang BERSYUKUR.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda