Pages

Saturday, November 12, 2011

Fotografi Untuk Semua.

Tidak seperti dahulu, kini semua orang mampu memiliki kamera dslr, dengan variasi harga yang semakin murah dan kemudahan skim bayaran ansuran membuatkan peratusan mereka yang memiliki kamera jenis dslr semakin meningkat.

Walaupun memiliki kamera jenis dslr ini dilihat sebagai trend atau atas dasar mampu milik, dan tidak kesemua orang yang membeli kamera dslr akan aktif sebagai jurufoto, namun hakikatnya hal ini adalah salah satu penyumbang kepada fenomena kebanjiran jurufoto, sedikit sebanyak telahpun menyebabkan kesempitan market untuk khidmat ini.

Sebagai jurufoto kita tak mempu untuk menahan perkara ini dari berlaku, kita harus memandang perkara ini sebagai satu perkara yang baik, kerana tanggungjawab sosial kita sebagai jurufoto adalah sebagai penyampai maklumat melalui karya seni foto yang yang kita hasilkan, jadi semakin ramai yang terlibat dalam industri ini semakin banyak mesej atau maklumat berguna dapat disampaikan kepada masyarakat.

Satu jalan penyelesaian harus dicari bagi mengimbangi kebanjiran jurufoto dan market semasa. Skop pemasaran yang sedia ada harus diperkembangkan dengan mencari altenatif baru ataupun mempromosikan kepada masyarakat supaya mereka sedar tentang bertapa pentingnya fotografi dalam perniagaan mahupun kehidupan seharian mereka.

Langkah pertama ialah promosi, tujuannya ialah untuk meningkatkan permintaan masyarakat terhadap foto yang kita hasilkan.
Ini adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh komuniti jurufoto di seluruh dunia.,

Apa yang harus kita promosikan?

Sebagai Jurufoto saya rasa kita semua tahu tentang foto atau imej mempunyai kuasa psikologi untuk membangkitkan sesuatu rasa atau perasaan orang yang melihatnya, sebagai contoh didalam hospital, terdapat banyak gambar-gambar dan lukisan digantung di dinding, selain mencantikkan ruang ianya juga digunakan untuk terapi, ini kerana kesan psikologi yang ada pada foto itu dapat juga mempengaruhi kesihatan pesakit.

Oleh itu sampaikan kepada masyarakat diluar sana foto harus ada di setiap sudut rumah kediaman atau premis perniagaan atau dimana saja atas pelbagai tujuan, sama ada untuk mencantikkan ruang rumah atau pejabat, mempengaruhi pelanggan, atau untuk ruang bekerja yang cantik sekaligus dapat meningkatkan taraf kesihatan dan semangat untuk bekerja.

Kepada semua di luar sana tidak kira anda seorang Jurufoto ataupun tidak sila kongsikan artikel ini untuk kebaikkan kepada kita semua.

Artikel Fotografi Untuk Semua ini ditulis oleh halidmasri pada 12 Nov 2011.



No comments:

Post a Comment

Komen Anda