Sebagai
Jurufoto masakini tidak dapat dinafikan kemahiran merekabentuk
susunan foto untuk dijadikan Custom Album atau Photo Book amat
penting untuk
menjimatkan
kos, kerana upah untuk merekabentuk agak mahal. Oleh itu ramai
Jurufoto sanggup mengambil risiko untuk berjimat dengan membuat
sendiri rekabentuk Custom Album mahupun Photo Book walaupun masih
kurang pengetahuan.
Tanpa
mereka sedar hal ini boleh menimbulkan masaalah apabila ada pelanggan
yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dibuat, lebih
parah jika pelanggan enggan untuk membuat bayaran atau mahu wangnya
dipulangkan.
Antara
perkara yang berpotensi menimbulkan masaalah ialah keadaan design
yang terlalu padat hingga gambar kelihatan terlalu kecil, terlalu
banyak kerawang, komposisi foto tidak teratur, ada juga masalah
apabila salah pilih foto contoh memasukkan foto pengantin yang
tersenyum lebar sedangkan pengantin bergigi rongak atau mempunyai
gigi berterabur
sudah
pasti mereka tidak suka kerana bukan sedikit wang yang dilaburkan
untuk mendapat hasil yang sebegitu.
Untuk
mengatasi masaalah diatas ada banyak perkara yang perlu diambil
perhatian serius sebelum membuat design untuk Custom Album mahupun
Photo Book.
diantaranya
ialah.
Jangan
cuba untuk memasukkan seberapa banyak foto yang anda ambil kerana
semakin banyak foto semakin kecil gambar yang dicetak, mungkin ianya
permintaan pelanggan, tapi perlu diingat kebanyakan pelanggan tidak
tahu bagaimana rupa Custom Album mahupun Photo Book mereka apabila
siap kelak,cara terbaik untuk mengatasi masaalah ini ialah berbincang
dengan pelanggan dan berikan sedikit pemahaman dan gambaran tentang
bagaimana rupa Custom Album jika terlalu banyak foto yang dimasukkan,
cadangkan kepada mereka, jika mahu album gambar mereka kelihatan
cantik, ianya perlu tidak terlalu padat kerana semakin kurang foto
yang dimuatkan semakin cantik hasilnya malah kelihatan lebih
exklusif, galakkan mereka supaya menempah pakej yang ada dua album
atau lebih, jika mereka kekurangan bajet, tawarkan Mockup Stiky album
kerana ianya lebih ekonomi.
Ketika
proses design jangan masukkan terlalu banyak grafik atau kerawang
kerana kita tidak mahu ianya menganggu subjek utama iaitu moment
dalam foto itu.
Komposisi
subjek juga amat penting kerana ianya mempengaruhi kekemasan dan rupa
album apabila siap kelak.
Berhati-hati
memilih foto yang mahu dimasukkan dalam custom album contohnya
ekpresi wajah
yang
mungkin boleh menimbulkan pertanyaan bila dilihat, contohnya wajah
yang masam sepanjang sesi fotografi, atau tangisan yang berpanjangan
diwaktu saat gembira, walaupun tiada niat apa-apa dari pelaku,
mungkin ini boleh menimbulkan perasaan benci atau curiga oleh siapa
yang melihatnya.
ingat,
custom album bukan seperti Sticky Album yang foto didalamnya boleh
dikeluarkan bila-bila masa.
Dan
saranan terakhir penulis,
Juru
foto perlu menghadiri krusus berkaitan dalam penghasilan Custom Album
mahupun Photo Book, atau mendapatkan pandangan dari orang yang
berpengalaman, sebelum menyediakan design sendiri.
Penulis harap tips menyedikan design untuk Custom Album dan Photo Book ini serba sedikit dapat membantu
terutama kepada teman-teman yang masih baru dalam bidang ini.
Sekian Terima Kasih
HalidMasri
10-08-2014
No comments:
Post a Comment
Komen Anda