Pages

Thursday, June 3, 2010

Kelebihan Compact Digicam Panasonic Lumix LX3

leica d-lux 4 kelebihan Compact Digicam Panasonic lumix lx3
Memang banyak jenama pilihan untuk Compact Digicam, tiap-tiap satu memiliki kelebihan dan kekurangannya. Pada mereka yang ingin memiliki Compact Digicam sekadar untuk keperluan dan bukan kerana minat atau hobi pada bidang fotografi, mungkin tidak berapa kisah tentang fungsi manual, dan sudah tentu mahukan kamera yang mudah diguna seperti kamera yang memiliki fungsi automatik sepenuhnya.

Saya bukan mahu mengatakan Compact Digicam dengan ciri automatik sepenuhnya tidak bagus, akan tetapi pada satu-satu masa kamera auto tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana struktur cahaya, warna, jarak subjek, sebagai contoh gambar yang dirakam dalam keadaan gelap akan menjadikan gambar terlebih terang atau terlalu gelap kerana fungsi auto tidak dapat mengesan subjek dalam gelap dengan baik, jika tidak menggunakan flash pula, gambar jadi kabur kerana dalam suasana kekurangan cahaya fungsi auto pada kamera akan set kepada shutter speed yang rendah, itulah serba sedikit tentang kenapa saya tak guna kamera Fully Auto, kalau nak cerita lebih terperinci kenalah tanya otai sebab saya belum ada certificate nak mengajar, sekadar berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu.

Bertanya tentang apakah Compact Digicam yang perlu anda ambil perhatian, saya ingin kongsikan Kelebihan Compact Digicam Panasonic Lumix LX3, memiliki fungsi manual sepenuhnya, mengunakan lensa Leica DC, Lumix LX3 adalah Compact Digicam pertama didunia yang mengunakan lensa ini , gambar yang dihasilkan amat mengujakan ditambah pula Aperture F2.0 dan wide 24mm yang memberikan kelebihan merakam objek dalam gelap.

Memiliki bentuk badan hampir serupa dengan Leica D-Lux4 malah Panasonic Lumix LX3 memiliki ciri-ciri spesifikasi yang sama dengan Leica D-Lux4, harga untuk Panasonic Lumix LX3 ialah RM1,799 berbanding RM2,900 untuk Leica D-Lux4. bagi diri saya, saya amat berpuas hati dengan Panasonic Lumix LX3 saya, jika anda memiliki hobi dan minat seperti saya, dan sedang mencari Compact Digicam yang sesuai, Panasonic Lumix LX3 mungkin salah satu yang perlu anda pertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda