Pages

Friday, June 4, 2010

Penipuan dalam Mudah.my

Jika anda menjumpai iklan di Mudah.my yang menawarkan harga yang terlalu murah sebagai contoh sebuah kamera DSLR model NIKON D700 harga pasaran di Malaysia sekarang RM9688.00 ( Body only ) ditawarkan dengan harga RM3000.00 sahaja dengan complete set, biasanya penjual tidak menyertakan no telefon untuk dihubungi dan sebarang urusan hanya melalui On Line, dan jika kita menghubungi mereka dan mengatakan yang kita berminat dengan barang yang mereka jual, mereka akan membalas E-Mail (e-mail dari negara luar) dengan menawarkan hadiah percuma atau harga lebih murah sekiranya kita membeli lebih dari tiga item.
Saya berpendapat kemungkinan besar ini adalah satu penipuan oleh itu kepada mereka yang gemar mengujungi Mudah.my jangan mudah terpedaya dengan mereka yang tidak bertanggung jawab ini, belilah barang dengan cara berjumpa sendiri dengan penjual dengan cara ini mungkin sedikit menyulitkan tetapi selamat.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda