Banner atau Bunting adalah satu medium yang popular bagi keperluan untuk Marketing atau pemberitahuan masakini, dan kebanyakan banner atau bunting memerlukan foto sebagai salah satu sumber penarik perhatian, selain design dan penggunaan warna. Inilah faktor yang mengaitkan jurufoto dengan industri ini, kerana kebanyakan jurufoto masakini adalah graphic designer.
Tujuan utama sesuatu bunting atau banner dibuat adalah sebagai penyampai maklumat kepada khalayak, oleh itu adalah satu perkara penting supaya masej yang mahu disampaikan dapat diterima dengan senang dan mudah oleh khalayak.
Tiada makna jika bunting atau banner yang dicetak jika gagal menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan, dan lebih buruk lagi banner atau bunting itu mencerminkan ketidak professionallan pemiliknya, ini boleh berlaku sekiranya beberapa perkara berikut diabaikan.
Penggunaan warna yang tidak bersesuaian.
Warna memainkan peranan penting kerana ianya dapat mempengaruhi mood seseorang yang melihatnya, oleh itu warna yang digunakan harus bersesuaian dengan tema atau subjek yang mahu disampaikan, jadi cuba elakkan menggunakan warna yang menyakitkan mata terutama pada bahagian ruang yang besar seperti background, walaupun anda menyangkanya sebagai sesuatu yang boleh menarik perhatian.
Penggunaan Font
Font juga memainkan peranan penting dalam senireka banner, penggunaan font yang bersesuaian akan membuatkan banner itu kelihatan lebih meyakinkan dan profesional berbanding penggunaan font yang tidak sesuai samaada bentuk font yang sukar dilihat dari jauh atau penggunaan font yang tidak bersesuaian dengan tema atau mesej yang mahu disampaikan.
Grafik
Grafik yang digunakan haruslah ringkas dan menarik, jika menggunakan foto, sudah tentu foto pengunaan foto yang memiliki resolusi tinggi adalah kemestian. Penggunaan grafik yang padat akan menenggelamkan masej berbentuk text.
Sebagai Pereka Grafik satu perkara yang perlu dianbil kira ialah dimana banner itu bakal diletakkan. Adakah ia akan diletakkan dikawasan orang berkumpul atau dikawasan orang lalu-lalang seperti di tepi jalan. Jika diletakkan dikawasan orang berkumpul bolehlah diletakkan mesej yang sedikit padat dan jika di tempat orang lalu-lalang seharusnya masej dapat dilihat dari jauh atau dapat disampaikan dengan sekali imbas.
Dan akhir sekali saya ingin bepesan kepada diri sendiri dan kepada Jurufoto designer yang ada di mana jua, gunakanlah kemahiran yang kita ada untuk membantu sesama manusia dan demi keamanan dan kemakmuran, mudah-mudahan sumbangan kita dapat menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi demi kehidupan yang lebih bermakna.
terima kasih...
ReplyDeletesungguh berguna info ini...